Tips Jual Rumah Cepat

Beberapa tips untuk anda jual rumah anda jika dah lama iklan pun still tak dapat buyer yang sesuai:

1. Nyatakan dalam iklan buyer boleh markup loan supaya boleh dapat loan 100%.
Cth : Jika anda nak jual rumah dengan harga RM 220k, maka anda perlu iklankan harga rumah adalah 244k (asalkan masih dlm market value@ada renovation)..jadi bila buyer submit loan, bank akan approve 219,600k..baki 400 adalah sebagai deposit.
Walaupun anda mungkin tak dapat cash dahulu 100%, at the end after +-3bln anda akan tetap dapat nilai yang anda mahu.
* jika gunakan cara ni, maklumkan pada buyer akan ada perbezaan sikit sekitar rm500 untuk lawyer fees sebab duti setem SnP/DoA
**tertakluk pada nilaian yang dibuat oleh jurunilai hartanah berdaftar.

2. Jual pada penjawat awam/keje gomen.
- Ramai penjawat awam masih tak tahu bahawa jika guna loan rumah kerajaan (BPP), pembeli boleh buat 100% loan (tak perlu mark-up2)..walaupun rumah yang dibeli di pasaran sekunder/sub-sale. Jadi, war-warkan 100% loan untuk penjawat awam.

3. Direct kepada buyer/tak guna orang tengah.
- Jika guna agent biasanya agent akan jual ikut market value..pembeli mungkin kurang selesa sebab tak boleh nego.

4. Offer beli rumah & dapat cash
Jika value rumah anda lebih tinggi dari harga anda nak jual, masukkan dlm iklan galakkan pembeli untuk diorg mark-up loan untuk dapatkan cash.

sedikit tips yg tak seberapa.. 

Tips Lepas Loan

Tips lepaskan loan pada saya paling utama:


1. Lokasi yang betul; bila dh dapat lokasi yg betul
2. Cari rumah bawah market value
3. Kalau rumah ketiga (MOF=70%) cuba buat cara nie;kalau harga rumah bawah 80k lagi bagus sebab tak banyak sangat nak kena cover cash. (30%x80k berbanding 30%x200k = sangat byk bezanya) 
4. Kalau tak dapat cara tu,gunakan nama suami/isteri;
5. Ada sesetengah bank yang kita boleh gunakan Sijil ASB & Simpanan Tabung Haji untuk buktikan pendapatan&komitmen yang kita ada (cth: Hong Leong Islamic Bank )


Saudara/i ada tips & cara lain? sila lah kongsikan disini!